Calendar

Tuesday, August 4, 2009

Selesai Satu Exam Paper, Berbaki Lagi 2 Paper

Yaaa.. aku dah amik exam. Tak sia-sia la aku study smpai tak tido mlm walaupun amalan tersebut kurang baik. Sungguhpun soalan yg keluar telah pun aku aku revised, tapi yang hampeh nye, stiap soalan tu, mesti ade 2 jawapan yang hampir sama dan bersangkut paut jesteru menyukarkan aku untuk membuat pilihan jawapan yang tepat. Ni la format peperiksaan Soalan Beraneka Pilihan.. kata omputih nye Multiple Choice Question (MCQ).. pening gak nak pilih mana satu nak tembak.. last-last main cat chi lut je la.. ha ha...

Apapun, aku tak boleh terlalu gembira sangat sebab Jumaat ni ade lagi exam.. Hujung bulan pun ade satu lagi paper nak kene amik. Kene prepare awal2 ni... Serik study last minute...

Final Exam May09 Term

Tinggal beberapa jam saja lagi aku akan mengambil peperiksaan akhir bagi semester May09. Di saat ini, aku masih menelaah buku. Sejak 2 mlm berturut (kini mlm yg ke-3), aku stayed up sehingga aku jatuh sakit dan hari Isnin aku terpaksa amik EL pengecualian drpd bekerja. Aku terlalu menekan diri aku kerana keputusan semester lepas sangat teruk dan menjatuhkan pointer yg aku cuba kekalkan selama ni. Aku sangat serik. Inilah padahnya jikalau mengulangkaji pelajaran di saat-saat akhir. Tiada persiapan awal.

Mesej untuk semua:

DON'T TRY THIS AT HOME.


ha ha ha ha kepala aku dah ting tong... dah dah.. aku nak sambung revision...

Thursday, July 30, 2009

Jiwa Kacau

Jiwa Kacau.. Kacau Bilau.. Jiwa Kacau.. Kacau Bilau..

Monday, July 27, 2009

Distortion DigiTech HOT HEAD


Sunday, July 26, 2009

Hari ini aku berbunga-bunga sebab dapat beli distortion baru DigiTech HOT HEAD bagi menggantikan distortion lama yang tetiba saja kaput entah mengapa. Aku tak la beli yang mahal sangat. Cukup sekadar untuk aku jamming kat rumah. Bukannya untuk buat performance apa-apa pun.

Memang puas hati la hasilnya dengan apa yang telah aku belanjakan. Berbaloi-baloi...

Pukul 11.00 mlm, aku tibai lagu 'Eyes of the Tiger' sampai pukul 12.15 mlm. Best gak. Mcm tak nak lepas je gitar tu. Tapi mana boleh jamming sampai pagi. Esok kene pigi kijer maaaa....

Esok ketika di ofis, mesti aku tak sabar-sabar nak pulang ke rumah gara-gara distortion baru aku tu... Aku berani jamin! Kenapa? Tak percaya?

Thursday, July 23, 2009

Penat

Aku terlalu penat bekerja sampai tak bermaya untuk create entry baru.

Macam la org lain tak penat bekerja... hihihi

Thursday, July 16, 2009

Mid Term Exam

Pagi tadi jam 11, aku menduduki peperiksaan pertengahan semester untuk modul Pengajian Malaysia. Macam belajar subjek Sejarah form 5. Kalau la aku tahu, dah tentu aku akan mohon Pengecualian untuk modul tu semasa aku mula mendaftar untuk pengajian tinggi. Alahai...

Esok pun ade lagi peperiksaan untuk modul Pengajian Islam juga. Ni pun macam sekolah menengah punya sukatan pelajaran. Apa boleh buat, terima je la. Setidak-tidaknya, berpeluang jugak aku merasa muda seperti zaman remaja dulu. Hihihi...

Tuesday, July 14, 2009

buzi-lahh...

Arghhhh..

Buzi buzi buzi.........

Odit odit odit.........

Miting Miting Miting.......